PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN SESUDAH TAWAF WADA’

PERTANYAAN

Adakah Tawaf Wada’ wajib dan apakah perkara yang boleh dilakukan sesudah tawaf wada’..?

 

JAWABAN

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan berbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami mulai hal ini dengan nas daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma, beliau berkata:

أُمِرَ النَّاسُ أَنْ يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِمْ بِالْبَيْتِ إِلَّا أَنَّهُ خُفِّفَ عَنْ الْحَائِضِ

Artinya“Banyak orang diperintahkan menjadikan perkara terakhir mereka (ketika melakukan haji dan umrah) adalah dengan tawaf di Kaabah, melainkan diberi keringanan kepada wanita haid.”

Riwayat al-Bukhari (1755) dan Muslim (3284)

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani berkata: Hadis ini mengandung dalil tentang kewajiban Tawaf Wada’ di karnakan ada perintah yang dikuatkan dan karna ungkapan adanya keringanan pada wanita haid. (Lihat Fath al-Bari, 3/747)

Hadis di atas menunjukkan Tawaf Wada` hukumnya wajib dan ia dikecualikan pada wanita yang sedang mengalami haid. Perintah wajib ini disebabkan ‘arahan perintah’ (فعل الأمر) dalam hadis ini bersifat ‘mutlak’, tiada qarinah menunjukkkan ia hanya menunjukkan sunat atau harus. Kaedah menjelaskan “الأمر المطلق” menunjukkan wajib (الأمر المطلق يفيد الوجوب). (Lihat Syarh al-Kaukab al-Munir, 3/3 dan Syarh Zad al-Mustaqni’ oleh Muhammad al-Mukhtar al-Syanqithi, 13/127)

Dalam hadis yang lain, daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata:

كَانَ النَّاسُ يَنْصَرِفُونَ فِى كُلِّ وَجْهٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « لاَ يَنْفِرَنَّ أَحَدٌ حَتَّى يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِ بِالْبَيْتِ

Artinya“Dahulunya banyak orang pergi mengikut haluan masing-masing (untuk meninggalkan Makkah). Lalu Rasulullah SAW bersabda: Jangan sekali-kali seseorang daripada kamu meninggalkan makkah sehinggalah akhir keberadaannya (di Mekah) al-Bait (Tawaf al-Wada`).”

Riwayat Muslim (3283), Ibn Majah (3070)

Imam al-Nawawi berkata, “Hadis ini mengandung dalil bagi pendapat yang mewajibkan Tawaf Wada’ dan apabila ditinggalkan maka harus membayar Dam. Inilah pendapat yang sahih menurut mazhab kami dan inilah pendapat majoriti Ulama.” (Lihat Syarh Sahih Muslim, 9/79)

Imam al-Nawawi juga berkata: “Ashab kami mengatakan, “Sesiapa yang telah selesai dari manasiknya dan dia ingin bermukim di Mekah, maka tidak ada ke atasnya Tawaf al-Wada’. Perkara ini tidak ada khilaf padanya. Walaupun dia termasuk penduduknya atau bukan. Namun jika Sekiranya dia ingin keluar dari Makkah ke negaranya atau ke lainnya, maka dia harus melakukan Tawaf al-Wada’.” (Lihat al-Majmu’, 8/254)

Imam al-Zarkasyi berkata: Larangan ke atas sesuatu perkara menunjukkan perintah melakukan lawannya (ضده). Berdasarkan kaedah ini lawan kepada larangan meninggalkan Makkah sebelum tawaf wada` ialah melakukan tawaf wada` sebelum meninggalkan Makkah. Oleh itu melakukan tawaf wada` sebelum meninggalkan Makkah adalah wajib. (Lihat al-Bahr al-Muhit, 2/421)

Imam al-Syaukani ketika menerangkan maksud hadis di atas berkata: “Perkataan Baginda: “Jangan seseorang daripada kamu terus bergerak pulang..” sehingga ke akhirnya, ia merupakan bukti wajibnya Tawaf al-Wada’. (Lihat Nail al-Autar, 5/106)

 

Perkara-perkara Yang Diharuskan setelah Tawaf Wada’, iaitu:

 

Pertama: Sejurus Sesudah Tawaf Wada’

  • Menunaikan solat sunat tawaf dan berdoa sesudahnya di Masjidil Haram.
  • Berdoa di Multazam.
  • Mengucup Al-Hajar al-Aswad (jika memungkinkan)
  • Menunaikan solat sunat safar.
  • Menunaikan solat fardhu sekiranya bilal telah melaungkan azan atau bilal sedang melaungkan azan.
  • Begitu juga apabila sudah sampai di hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram untuk solat fardhu bersama imam di Masjidil Haram.
  • Bergambar atau mengambil gambar dalam kadar yang cepat. (Walaupun begitu, tidak di anjurkan)

 

 Kedua: SesudahTawaf (di Penginapan atau Hotel)

  • Makan dan minum di hotel.
  • Qadha hajat.
  • Menyalin atau mengganti pakaian.
  • Zikir dan membaca al-Quran sementara menunggu.
  • Mengambil tas atau barang yang diletakkan / ditinggalkan di kamar penginapan.
  • Mencari isteri, saudara, waris dan rekan yang hilang.
  • Mengangkat barang-barang yang hendak dibawa bersama.
  • Tidur dalam kamar hotel sementara menunggu bas atau kenderaan datang.
  • Mengunjungi istri waris rekan yang sakit di rumahsakit (untuk kejadian darurat dan hajat).
  • sesuatu urusan berkatian dengan perjalanan ke jeddah atau madinah membeli makanan dan minuman untuk kegunaan bekal dalam perjalanan dan sebagainya.
  • Menunggu kenderaan (keterlambatan atau mengalami ke macetan)
  • Bersedekah ketika menunggu kedatangan kenderaan di penginapan.
  • Membayar dam. Walaupun begitu, dianjurkan untuk membayar sebelum Tawaf Wada’, (bagi yang melanggar pantang larang umrah / haji)

ALLAHU ‘ALAM

Leave a Comment